AGENDANASIONAL

Kluster Restoran Kuala Lumpur catat dua kes positif Covid-19

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua individu positif Covid-19 di sebuah restoran di Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hasil saringan rawak dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 250 sampel saringam diambil membabitkan 14 pekerja restoran dan 236 pelanggan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

“Kluster Restoran Kuala Lumpur ini melibatkan dua bukan warganegara, iaitu warga India yang merupakan kes indeks kluster (kes ke-8,666) dan kontak rapat kes dilaporkan pada hari ini,” kata ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca jangkitan kluster berkenaan selepas 248 individu lain didapati negatif.


Pengarang :