Ir Izham Hashim (tengah) bergambar bersama penerima ketika Majlis Serahan Insentif Input Pertanian di Pusat Pertanian Parit 1, Sungai Besar pada 21 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

540 petani terima 1,600 beg baja kompos

SHAH ALAM, 21 OGOS: Seramai 540 petani di Selangor menerima 1,600 beg baja kompos bagi meningkatkan kesuburan tanah dan tanaman, kata EXCO asas tani.

Ir Izham Hashim berkata bantuan bertujuan meringan beban golongan tersebut yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 sejak Mac lalu.

“Kerajaan Negeri akan terus menyalurkan insentif pertanian seperti benih, baja dan pelbagai keperluan pertanian dari semasa ke semasa.

“Pada setiap tahun Kerajaan Negeri menyalurkan sebanyak RM6 juta kepada agensi berkaitan untuk membantu golongan petani,” katanya pada Majlis Penyerahan Insentif Input Pertanian di Pusat Pertanian Jabatan Pertanian Sungai Besar hari ini.

Izham menambah pengalaman sepanjang PKP memberi pengajaran kepada semua pihak berhubung kepentingan mempunyai pusat simpanan makanan.

“Ketika awal PKP, bekalan luar tidak dapat masuk ke dalam negara dan kita hanya bergantung kepada bekalan atau hasil pertanian dalam negara sahaja sehingga menimbulkan kegusaran kepada kita semua.

“Sehubungan itu, Selangor menyasarkan untuk menjadi pusat simpanan makanan negara pada masa depan kerana kita sedar betapa penting memastikan bekalan sentiasa pada paras selamat serta mengurangkan kebergantungan makanan import.”


Pengarang :