Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 21 Julai 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 15 kes baharu, 11 penularan tempatan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Sebanyak 15 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 11 kes membabitkan penularan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan dari kes itu terdiri dari satu keluarga yang dikesan dari kluster baharu di Kedah.

“Dua lagi kes jangkitan dalam negara direkodkan di Kuala Lumpur, masing-masing melibatkan seorang warganegara dan warga asing.

“Empat kes import turut dilaporkan dengan tiga mendapat jangkitan dari Indonesia manakala satu lagi dari Yaman. Keseluruhan kes sebanyak 9,126,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata 183 kes aktif dengan kebolehjangkitan namun semua sudah diasing dan diberi rawatan.

“Dua pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes kematian baharu dilaporkan dan kes kumulatif kekal 125 kes iaitu 1.37 peratus.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi empat pesakit disahkan pulih dan dibenar keluar hospital menjadikan jumlah sembuh 8,821 kes iaitu 96.6 peratus dari keseluruhan,” katanya.


Pengarang :