Selangorkini
Seorang wanita memakai pelitup muka melewati grafiti ketika kebimbangan ramai susulan penularan Covid-19 di pinggir Brooklyn, New York, Amerika Syarikat pada 4 Ogos 2020. Foto REUTERS
AGENDA GLOBAL

Lebih 500 banduan di penjara AS didapati positif Covid-19

LOS ANGELES, 6 OGOS: Lebih 500 banduan – hampir separuh daripada penghuni – sebuah penjara di Arizona, Amerika Syarikat (AS) diuji positif Covid-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai penjara.

Menurut Jabatan Pemulihan Arizona, 517 banduan di penjara ASPC-Tucson Whetstone dijangkiti virus itu, mereka kini sedang menerima rawatan dan diasingkan di tempat lain.

“Mereka tidak akan dibenarkan kembali ke penjara sehingga benar-benar disahkan sembuh,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Jumlah kes Covid-19 di AS melebihi 4.8 juta iaitu 4,802,275 pada Rabu, menurut Johns Hopkins University.

Daripada jumlah kes jangkitan di Arizona, tujuh kematian dilaporkan di penjara di negara itu.

– BERNAMA


Pengarang :