Yang Dipertua MPKL, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim meninjau rumah yang dibina tanpa kebenaran di Bandar Mahkota pada 29 Ogos 2020. Foto: MPKL
PBTSELANGOR

MPKL kompaun rumah pekerja dibina tanpa kelulusan

SHAH ALAM, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengkompaun rumah pekerja milik sebuah kilang di Bandar Mahkota yang dibina tanpa kelulusan.

Yang Dipertuanya, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata rumah tersebut menjadi punca bau dan pencemaran air parit yang mengalir ke sungai berhampiran.

“Justeru, kita mengeluarkan dua notis kesalahan mengikut Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 Dan Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan Dan Perindustrian MPKL 2007,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan pihaknya tidak berkompromi berhubung perkara itu dan mana-mana pihak yang didapati membina struktur bangunan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan akan dihadap ke mahkamah.

Operasi pemeriksaan semalam turut melibatkan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, polis, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.


Pengarang :