Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengagihkan sumbangan RM25,000 kepada salah sebuah rumah anak yatim dalam Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 di Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras pada 12 Ogos 2020. Foto YIDE
AGENSISELANGOR

Yide sumbang RM291,500 kepada 17 rumah anak yatim

SHAH ALAM, 15 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengagihkan RM291,500 kepada 17 rumah anak yatim seliaannya di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras di sini pada Rabu lalu.

Pengurus besarnya berkata sumbangan fasa pertama itu bersempena Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-63 dengan edaran Jalur Gemilang juga kepada wakil rumah berkaitan selain enam Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor.

“Yide turut menganjurkan pertandingan menghias rumah anak yatim dengan tawaran hadiah RM1,000 kepada seorang pemenang,” kata Nur Mohd Razali Abdullah dalam kenyataan.

Tahun lalu, Yide memperuntukkan RM561,000 untuk agihan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim seliaan mereka.

Yide menyeru orang ramai, syarikat korporat, agensi berkaitan kerajaan untuk terus memuliakan golongan ini dengan menyumbang melalui platform sumbangan terus ke akaunnya, Bank Islam (1223 40100 07330) atau melalui dalam talian Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/ atau Jom Pay (Biller Code: 81059 dan aplikasi Snap and Pay.

Setiap sumbangan diberikan akan dikecualikan cukai pendapatan dan potongan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, Nombor Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.7622, bertarikh 15 November 2019 melalui resit rasmi Yide.


Pengarang :