Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Empat kes baharu Covid-19 di Selangor, tiada penularan tempatan

SHAH ALAM, 20 SEPT: Selangor merekodkan empat kes baharu positif Covid-19 hari ini membabitkan semua jangkitan import, menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Agensi itu memaklumkan perkembangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 2,210.

“Kesemua jangkitan dikategorikan sebagai kes import melibatkan dua warga tempatan manakala 52 kes jangkitan dikesan bagi seluruh Malaysia membabitkan 40 jangkitan tempatan,” katanya menerusi Facebook.

Menurut infografik dikongsikan Jabatan Kesihatan Selangor hari ini, tiada kes pulih dan kematian dilaporkan di negeri itu.

Sementara itu, Sepang masih diklasifikasikan sebagai zon kuning susulan satu kes aktif dikesan di mukim Labu.


Pengarang :