Ir Izham Hashim (atas pentas tengah) melepaskan kenderaan pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Shah Alam bersama kenderaan kakitangan Sime Darby Property Berhad sebagai simbolik perasmian pembukaan Persiaran Shorea di Seksyen U5, Shah Alam pada 28 September 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Pembukaan Persiaran Shorea legakan penduduk, jimat masa

SHAH ALAM, 29 SEPT: Pembukaan Persiaran Shorea melegakan penduduk terutama di Saujana Utama yang menanti lebih 10 tahun.

Timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk Zon 8 berkata dengan pembukaan jalan ini penduduk dapat menjimatkan masa perjalanan selain dapat menyuraikan aliran trafik terutama di waktu puncak.

“Alhandulillah akhirnya Persiaran Shorea ini dapat digunakan penduduk setempat. Kita faham berlaku sedikit kelewatan kerana masalah haiwan berkeliaran sebelum ini tetapi kini penduduk boleh menggunakannya,” kata Wan Ismail Hashim ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Persiaran Shorea di sini semalam.

EXCO Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim sebelum itu berkata walaupun jalan sepanjang 4.4 kilometer (KM) berkenaan siap sepenuhnya tahun lalu dengan kos RM60 juta tetapi terdapat haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan ini.

Bagaimanapun masalah itu berjaya diatasi apabila semua haiwan ternakan akan selesai dipindahkan ke lokasi baharu penghujung November ini.


Pengarang :