Dr Siti Mariah Mahmud (tengah) bercakap pada Perbincangan Meja Bulat anjuran Institut Wanita Berdaya (IWB) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Cegah penyakit berjangkit antara fokus Belanjawan Selangor 2021

SHAH ALAM, 20 OKT: Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan kepada program pencegahan penyakit berjangkit dan sebaliknya melibatkan penerima Skim Peduli Sihat dalam Belanjawan Selangor 2021.

EXCO kesihatan awam berkata dasar kesihatan menyeluruh dan berdaya saing akan ditambah baik bagi memacu perkembangan ekonomi sekali gus memastikan rakyat terus menikmati kualiti kehidupan lebih baik.

“Sekarang kita hadapi isu utama iaitu denggi, Covid-19 dan penyakit Tuberkulosis atau Tibi yang dikira tinggi.

“Selangor akan mengubah pendekatan kepada pencegahan dan pemegang kad Peduli Sihat tidak ditumpu kepada rawatan sahaja tetapi doktor panel perlu membuat penilaian ke atas tahap kesihatan mereka,” kata Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan beberapa projek perintis bagi mencegah penyakit akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi supaya Kerajaan Negeri dapat memantau perkara berkenaan secara menyeluruh.

Belanjawan Selangor 2021 akan dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari semasa sidang Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober.


Pengarang :