Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menunjukkan Buku Belanjawan Selangor 2021 sebelum membentangkan di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Lebih tiga juta penduduk dapat manfaat 43 inisiatif Pakej Selangor Prihatin

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Negeri berjaya melaksanakan 40 daripada 43 inisiatif bawah Pakej Selangor Prihatin fasa pertama dan kedua bagi menampung kesan wabak Covid-19.

Sejumlah RM264.4 juta, bersamaan 64 peratus, dibelanjakan daripada peruntukan lebih RM400 juta untuk manfaat lebih tiga juta penduduk, kata Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2021 hari ini.

“(Pakej Selangor Prihatin) bertujuan memangkin ikhtiar membendung penularan Covid-19 dan menyerap dampak sosio-ekonomi penularan wabak tersebut,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada 20 Mac lalu, Kerajaan Negeri membentangkan pakej fasa pertama dengan dana RM127.8 juta, manakala fasa kedua pula RM272.5 juta diperuntukkan pada 1 April lalu.

Tiga inisiatif yang masih berjalan seperti berikut:
– Bantuan kepada pesakit Covid-19
– Tabung khas bantuan Covid-19
– Inisiatif Selangor Pay yang ditambah baik menjadi Selangor Advance

Pada 13 Julai lalu, Kerajaan Negeri membentang pakej fasa ketiga bernilai ekonomi RM55.85 bilion, termasuk di peringkat penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan.


Pengarang :