Anggota polis memeriksa surat kebenaran bekerja seorang pemandu kereta ketika sekatan jalan raya di Jalan Ampang pada 1 April 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Majikan tidak boleh potong gaji kakitangan kerja dari rumah

SHAH ALAM, 22 OKT: Majikan perlu membayar gaji seperti biasa meskipun kakitangan bekerja dari rumah, kata menteri sumber manusia.

Datuk Seri M Saravanan berkata majikan juga tidak boleh memaksa atau mengarahkan pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sepanjang tempoh itu.

“Ini selaras dengan perintah dan kenyataan dikeluarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Bagaimanapun majikan boleh berbincang dengan pekerja untuk sebarang tindakan atau keputsan demi kepentingan bersama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua pihak boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) melalui talian 03-8886 2352, 03-8886 2409 dan 03-8888 9111 untuk pertanyaan lanjut.

Bermula hari ini, sejuta pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah diarahkan bekerja dari rumah susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di tempat kerja.


Pengarang :