AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKPB: Operasi Royal Klang Town Heritage Walk Tour ditangguh

SHAH ALAM, 9 OKT: Operasi program Royal Klang Town Heritage Walk Tour ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang.

Tourism Selangor dalam kenyataan berkata penangguhan dibuat sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Tourism Selangor memberi komitmen penuh dalam mengikuti dan mengguna pakai segala polisi serta garis panduan yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan juga Kerajaan Negeri,” katanya.

PKPB dilaksanakan di 36 taman perumahan di mukim Klang bermula hari ini hingga 23 Oktober sebagai langkah pencegahan susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah itu.


Pengarang :