AGENSISELANGOR

RM3 juta laksana projek perintis 5G pada 2021

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM3 juta diperuntuk Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek rintis perkhidmatan 5G tahun hadapan.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha itu bagi mencapai berhasrat sebagai menjadi negeri yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di Malaysia.

“Pada peringkat awal, Kerajaan Negeri berhasrat menyediakan infrastruktur 5G di Bangunan Setiausaha Kerajaan 1 dan melaksana projek rintis untuk keselesaan serta keselamatan kakitangan.

“(Ia juga untuk manfaat) pelawat serta orang ramai yang berurusan dengan Kerajaan Negeri di dalam bangunan tersebut dan kawasan sekelilingnya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Beliau berkata projek berkenaan akan dilaksana Smartsel Sdn Bhd bersama Bahagian Pengurusan Maklumat.


Pengarang :