EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail menjawab pertanyaan ketika sidang media selepas lawatan beliau di e-bazar Program Pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) di pusat beli-belah Galaxy Ampang, Ampang pada 1 November 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Tambahan 30,000 unit Rumah Selangorku diteliti

SHAH ALAM, 2 NOV: Jawatankuasa Perumahan dan Kesejahteraan Bandar akan meneliti pelaksanaan tambahan 30,000 unit Rumah Selangorku seperti diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2021.

EXCO perumahan berkata tumpuan tidak hanya membina rumah tetapi lebih penting menyediakan kediaman yang sejahtera supaya suasana harmoni dapat diwujudkan demi manfaat masyarakat.

“Kita akan teliti pelaksanaannya kerana bila bercakap mengenai kediaman, bukan bermaksud rumah sahaja tetapi juga melibatkan persekitarannya,” kata Rodziah Ismail ketika sidang media selepas meninjau gerai jualan sempena Deepavali yang disertai 26 usahawan Sitham di Pusat Membeli Belah Galaxy Ampang di sini semalam.

Kerajaan Negeri sebelum ini memperkenalkan Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik semasa pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Fasa Ketiga.

Insentif itu yang dijangka mampu menambah bekalan Rumah Selangorku sehingga 60,000 unit iaitu penambahan 30,000 di pasaran untuk tempoh tiga tahun melalui konsep Rumah Selangorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan.

Sejak 2018, 14,497 unit Rumah Selangorku berjaya disiapkan manakala 4,750 daripadanya siap bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Julai lalu.


Pengarang :