Pihak Plus membina ban tanah bagi menghalang bahan cemar daripada mengalir ke Sungai Jerangkang dan Sungai Batang Labu akibat kemalangan melibatkan lori muatan minyak sawit pada 6 November 2020. Foto Facebook Luas
AGENSISELANGOR

Kemalangan lori minyak sawit: Bina ban tanah elak henti tugas LRA

SHAH ALAM, 6 NOV: Ban tanah dibina di sistem saliran berhampiran kawasan kemalangan lori membawa muatan minyak sawit, dekat Bandar Ainsdale ke Nilai bagi menghalang pencemaran Sungai Jerangkang dan Sungai Batang Labu.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) berkata langkah itu dibuat Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) selain pihaknya memohon kerjasama Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Sembilan untuk mengambil tindakan kawalan di lokasi.

“Lori berkenaan dialihkan dan pemiliknya melakukan penyedutan minyak yang tumpah. Pasukan kecemasan Luas turut berada di tapak terbabit bagi memantau kerja pembersihan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kerja menyedut dan membersihkan minyak dijalankan pemilik lori di kawasan kemalangan pada 6 November 2020. Foto Facebook Luas

Susulan tindakan pantas itu, agensi memaklumkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu dan Salak Tinggi berjalan seperti biasa kerana tiada bahan tercemar memasuki saliran.

Kemalangan di Kilometer 276.1 arah utara berlaku kira-kira jam 7.40 pagi tadi dianggarkan sejauh 10.7 kilometer (KM) dan 15.68 KM dari dua LRA itu.


Pengarang :