Pegawai kesihatan menjalankan tugas di asrama pekerja wanita syarikat sarung tangan Top Glove di Meru pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Klang kekal rekod jangkitan Covid-19 tertinggi dengan 228 kes

SHAH ALAM, 30 NOV: Klang kekal sebagai daerah merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi negeri ini dengan 228 kes, menurut Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Agensi memaklumkan 213 kes dilaporkan di mukim Klang manakala 15 di mukim Kapar termasuk tiga dikesan daripada kluster baharu iaitu kluster Batu Sembilan.

“Hulu Langat pula mencatatkan 72 kes iaitu mukim Kajang (42), Ampang (13), Cheras (13), Semenyih (tiga) dan Hulu Langat (satu) termasuk tiga kes import.

“Sebanyak 60 kes direkodkan di Petaling dengan 26 daripadanya di mukim Damansara, Petaling (14), Sungai Buloh (13), dan Bukit Raja (tujuh),” katanya menerusi kenyataan.

BGNS turut melaporkan daerah lain iaitu Sepang dan Gombak masing-masing 12 kes diikuti Kuala Selangor (tujuh), Kuala Langat (empat), Hulu Selangor (tiga) dan satu kes import di Sabak Bernam.

Selangor mengumpul sebanyak 13,935 kes Covid-19 dengan 3,930 daripadanya aktif dan angka kematian kekal 27 orang.

 


Pengarang :