Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan ketika program lawatan pasca banjir di Dewan Batu 16, Hulu Langat pada 7 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: 600 permohonan bantuan bencana diterima setakat ini

HULU LANGAT, 7 NOV: Kerajaan Negeri sudah menerima 600 permohonan bantuan bencana daripada mangsa banjir di Taman Sri Nanding di sini setakat ini.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan RM500 akan disampaikan kepada setiap mangsa selepas semakan dibuat.

“Di kampung ini sahaja kita edar kira-kira 1,000 borang bantuan dan difahamkan 600 sudah dikembalikan kepada wakil komuniti yang bertanggungjawab menguruskannya.

“Apabila siap (semakan) kita akan selaraskan penyampaian sumbangan tersebut secepat mungkin kepada penduduk yang terjejas,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada media selepas program lawatan pasca banjir di Taman Sri Nanding hari ini.

Pada 4 November lalu, beliau berkata Kerajaan Negeri akan menyalurkan sumbangan dalam masa terdekat bagi meringankan beban sekali gus memastikan kebajikan mangsa terjaga.


Pengarang :