Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sesi sidang media selepas Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: Lebih RM20 juta disalur kepada 740 sekolah di Selangor

SHAH ALAM, 23 NOV: Sejumlah RM22.473 juta disalurkan untuk menaik taraf infrastruktur 740 sekolah di Selangor pada tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan untuk penyelenggaraan dewan, pembelian perkakasan serta pelbagai lagi keperluan diagihkan sejak 2 November dan dijangka selesai menjelang 15 Disember.

“Sebanyak 538 buah sekolah agama rakyat mendapat manfaat melibatkan peruntukan RM9.113 juta, diikuti 101 sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina (RM6 juta) dan empat sekolah menengah persendirian Cina (RM2 juta).

“Turut menerima manfaat 83 SJK Tamil (RM4.36 juta) serta 14 buah sekolah mubaligh dan sekolah menengah jenis kebangsaan (RM1 juta),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Amirudin berharap sumbangan tersebut akan menyediakan suasana pembelajaran kondusif seiring dengan keutamaan aspek pendidikan dalam Belanjawan Selangor 2021.


Pengarang :