Pekerja syarikat sarung tangan Top Glove menjalani saringan Covid-19 di asrama pekerja wanita di Meru pada 18 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Majlis Keselamatan Negeri rangka langkah kekang dua kluster Covid-19

SHAH ALAM, 21 NOV: Majlis Keselamatan Negeri merangka beberapa langkah bagi membendung penularan Covid-19 daripada dua kluster di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Menurutnya, kluster itu membabitkan Kluster Perigi di Klang yang dikenal pasti pada 15 Oktober lalu dan Kluster Kaya pada 24 Oktober.

“Beberapa langkah pembendungan dengan melihat jaringan kes bagi kedua-dua kluster ini akan dicadangkan kepada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara untuk pelaksanaannya,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter, hari ini.

Beliau turut yakin Jabatan Kesihatan Negeri masih mampu mengawal situasi walaupun jumlah kes positif Covid-19 di Selangor tertinggi dalam negara, hari ini.

“Selangor hari ini mencatatkan sebanyak 402 kes baru dan 502 pesakit discaj. Kedua duanya adalah tertinggi dalam negara.

“Justeru pola peningkatan kes baru ini memang dijangkakan dan saya yakin pihak jabatan kesihatan masih dalam kawalan walaupun angka besarnya membimbangkan,” katanya lagi.

 


Pengarang :