Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) Yayasan Hijrah di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 12 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: PKP efektif namun kesan ekonomi amat parah

SHAH ALAM, 22 NOV: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah langkah efektif mengekang penularan Covid-19 namun kesannya kepada ekonomi negara amat parah, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari malah berkata PKP Bersyarat yang dilaksanakan ketika ini juga merencatkan pelbagai sektor dan bidang.

“Justeru kepada semua termasuk saya, kita harus patuh tatacara operasi piawai (SOP), displin serta harus sedia biasakan kehidupan dengan Covid-19,” katanya menerusi Twitter malam tadi.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan pernah mencadangkan untuk melaksanakan PKP di Selangor pada 14 Oktober lalu susulan peningkatan kes wabak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata namun disebabkan 40 peratus sumber ekonomi berada di negeri ini ia terpaksa ditukar kepada PKPB.


Pengarang :