Penumpang Bas Smart Selangor berbaris dan mengenakan pelitup muka sebelum menggunakan perkhidmatan percuma itu di Seksyen 13, Shah Alam pada 2 Ogos 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPS tambah laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menambah rangkaian laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor mulai semalam.

Jabatan korporat majlis itu berkata penambahbaikan itu membabitkan 10 bas serta 55 hentian baharu sekitar laluan MPS1, MPS2A dan MPS2B.

“Sejak dilaksanakan pada 2015, lebih 6.4 juta penumpang menerima manfaat perkhidmatan ini.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-61389898, 03-61265824 atau layari www.mps.gov.my,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Susulan peningkatan kes Covid-19, MPS turut mengingatkan penumpang supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan ketika menggunakan perkhidmatannya.

“Amalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta membasuh tangan sebelum dan selepas menaiki pengangkutan awam,” katanya.


Pengarang :