Pegawai Kesihatan Daerah Klang, Dr Masitah Mohamed. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petugas kesihatan Pahang, Kedah bantu Selangor tangani Covid-19

KLANG, 25 NOV: Selangor mendapat bantuan petugas kesihatan Pahang dan Kedah susulan peningkatan tinggi kes Covid-19 membabitkan daerah Klang.

Pegawai kesihatan Daerah Klang berkata selain itu kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta pejabat kesihatan daerah lain turut serta dalam usaha berkaitan.

“Disebabkan peningkatan kes, kita mendapat tambahan anggota bagi membantu petugas sedia ada untuk menangani penularan wabak iaitu termasuk dari Pejabat Kesihatan Daerah Rompin, Pahang dan Jabatan Kesihatan Kedah,” kata Dr Masitah Mohamed kepada SelangorKini di Kilang F4 Top Glove Jalan Teratai di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Pengarah Urusan Top Glove, Dato’ Lee Kim Meow dan Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh.

Setakat semalam, seramai 4,036 orang disahkan positif Covid-19 bagi Kluster Teratai, majoriti pekerja Top Glove termasuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

Sementara bagi Selangor pula merekodkan 1,623 kes baharu sehingga 24 November, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 12,578.


Pengarang :