Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 337 kes, lebih separuh berpunca kluster sedia ada

SHAH ALAM, 6 DIS: Selangor merekodkan 337 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 187 daripadanya akibat kluster sedia ada.

Ketua pengarah kesihatan berkata sementara 87 kes lagi dikesan hasil saringan kontak rapat, lain-lain saringan (61) dan jangkitan import (dua).

“Negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian 515 kes dengan Selangor mencatat kes tertinggi diikuti Kuala Lumpur (178) dan Putrajaya (sifar).

“Manakala negeri lain antaranya Negeri Sembilan merekod 258 kes, Sabah (250), Johor (125) dan Perak (108),” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beiau turut memaklumkan sebanyak 1,335 kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 72,694 manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan 11,039.

“Bilangan kes sembuh ialah 1,069 kes dengan jumlah kumulatif pulih kini 61,273 dan berlaku pertambahan dua kematian menjadkan angka meninggal dunia meningkat 382,” katanya.


Pengarang :