Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Dr Dzulkefly Ahmad. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 di Selangor dijangka kekal tinggi hingga tengah 2021

SHAH ALAM, 30 DIS: Kes Covid-19 di Selangor dijangka kekal tinggi sehingga pertengahan tahun depan selepas mencatatkan jumlah harian tertinggi dalam tempoh 12 hari berturut-turut.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC), Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya menjangkakan kes baharu tidak akan turun dalam tempoh terdekat, lapor The Malaysian Insight.

“Kita meramalkan trend ini akan berterusan sehingga pertengahan 2021. Oleh itu, kita berharap akan mendapat vaksin Covid-19 pada suku pertama tahun depan,” katanya.

Semalam, Selangor merekodkan 747 kes baharu Covid-19 iaitu 38.8 peratus daripada keseluruhan jangkitan dalam negara.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata peningkatan kes sudah dijangka susulan arahan saringan wajib Kementerian Sumber Manusia terhadap pekerja asing.

“Ia bermula dengan kes positif dalam kalangan mereka yang tinggal di asrama, iaitu mereka yang bekerja di kilang dan tapak pembinaan.

“Selangor merupakan negeri perindustrian, sama ada kilang mahupun tapak pembinaan, secara semulajadi akan menjadi pusat wabak kluster,” katanya.


Pengarang :