Petugas kesihatan meletakkan sampel saringan di panel khas ‘buffer tube’ selama 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin analisa Standard F200 SD Biosensor untuk mengesan jangkitan Covid-19 dengan cepat ketika program saringan dijalankan di Dewan Orang Ramai Meru 3, Klang pada 2 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Klang kembali catat kes tertinggi Covid-19

SHAH ALAM, 13 DIS: Klang kembali mencatatkan kes tertinggi apabila merekodkan 166 kes jangkitan Covid-19 hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata dari jumlah itu mukim Klang mencatatkan 129 kes manakala 37 di Kapar.

“Diikuti Hulu Langat dan Petaling (75), Gombak (45), Kuala Selangor (25),Kuala Langat (22), Sepang (21), Hulu Selangor (5) dan Sabak Bernam (1).

“Dua kes import turut dilaporkan, masing-masing jangkitan Singapura dan Indonesia,” katanya menerusi Facebook hari ini.

JKNS turut memaklumkan seramai 613 pesakit disahkan sembuh hari ini dan dibenarkan keluar hospital.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes di Selangor menurun dengan 435 kes direkodkan namun tetap menyumbangkan bilangan kes tertinggi merangkumi 35.4 peratus daripada 1,229 keseluruhan kes seluruh negara.


Pengarang :