Ketua Divisyen Operasi Agihan LZS, Abdul Basith Hamid menyampaikan replika cek bantuan bencana banjir kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Najmuddin Jemain. 24 Disember 2020. Foto ihsan : Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS salur lebih RM600,000 kepada mangsa banjir Hulu Langat

SHAH ALAM, 26 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan bantuan bencana sebanyak RM626,400 kepada mangsa banjir Hulu Langat, 24 Disember lalu.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan seramai 2,088 mangsa terjejas dalam kejadian tersebut yang berlaku pada 18 Julai dan 4 November lalu.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Terima kasih juga kepada semua pembayar zakat.

“Zakat yang anda tunaikan, telah meringankan beban yang mereka tanggung,” kata LZS menerusi Facebook.

Pada majlis itu, Ketua Divisyen Operasi Agihan, Abdul Basith Hamid menyampaikan replika cek kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Najmuddin Jemain.

Pada 4 November lalu, lebih 500 rumah di Hulu Langat dilanda banjir susulan hujan lebat hampir lima jam.


Pengarang :