Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika hadir Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas 2020 peringkat negeri. Turut sama EXCO Kerajaan Negeri, Hee Loy Sian dan Uskup Agung, Julian Leow Beng Kim di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

STFC rangka langkah terkini kekang penularan Covid-19

SHAH ALAM, 21 DIS: Langkah terkini mengekang penularan Covid-19 di negeri ini akan dilaksanakan awal tahun depan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Pasukan Petugas Khas Covid-19 Selangor (STFC) sedang merangka langkah tersebut yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

“Beberapa strategi yang dah diumumkan membabitkan kawasan sasaran seperti KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) terpaksa diubah kerana memerlukan kos tinggi.

“Jadi kita akan ubah dan susun balik langkah ini supaya berkesan mengekang penularan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Perayaan Hari Krismas peringkat negeri hari ini.

Berhubung peningkatan kes harian di negeri ini, Amirudin berkata ia masih terkawal dan kenaikan berpunca dari saringan wajib yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara.

“Ini jauh lebih baik (kes meningkat) sebab kita tahu dan dapat elak perebakan malah menjadi pengajaran penting selepas timbulnya kluster Teratai.

“Sekarang kita tangani guna kaedah berbeza. Dulu kita minta duduk rumah elak jumpa orang tetapi sekarang keluarlah untuk kehidupan namun jaga SOP (tatacara operasi piawai) dan kawal persekitaran,” katanya.


Pengarang :