ADN Sekinchan Ng Suee Lim (tengah) menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM6,000 kepada wakil pengusaha Tadika Persatuan Teow Chew Sekinchan (empat dari kiri) pada 24 Disember 2020. Foto Facebook Ng Suee Lim
ADNSELANGOR

Tadika Persatuan Teo Chew Sekinchan terima bantuan kewangan RM6,000

SHAH ALAM, 27 DIS: Taman Didikan Awal Kanak-Kanak (Tadika) Persatuan Teo Chew Sekinchan menerima bantuan kewangan RM6,000 bagi menampung kos operasi tahunan.

Ahli Dewan Negerinya Ng Suee Lim berkata sumbangan itu sebagai bukti keprihatinan terhadap institusi yang kini menguruskan hampir 200 murid pra sekolah di Bagan Sekinchan.

“Dana disalurkan selepas kita meneliti permohonan dikemukan oleh persatuan terbabit demi menjaga kepentingan dan kebajikan pelajar terutama ketika pandemik Covid-19.

“Usaha ini mampu mengurangkan perbelanjaan yuran bulanan murid sekali gus meringankan beban ibu bapa,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Speaker Dewan Negeri Selangor menambah setiap tahun Kerajaan Negeri dan badan bukan kerajaan (NGO) turut menyalurkan bantuan kepada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di daerah itu.


Pengarang :