Seramai 323 anak yatim dan asnaf bergambar dengan maskot BoBoiBoy selepas diberi peluang menonton filem tersebut di TGV ICity Shah Alam pada 1 September 2019. Foto YIDE
AGENSISELANGOR

Terima RM6.5 juta, Yide perlu lagi RM3.5 juta bina kompleks anak yatim

SHAH ALAM, 4 DIS: Sebanyak RM6.5 juta sumbangan diterima Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) bagi pembinaan kompleks anak yatim setakat Oktober.

Pengurus Besar Nur Mohd Razali Abdullah berkata pihaknya masih memerlukan RM3.5 juta infak daripada orang ramai bagi menjayakan usaha itu.

“Kita mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada mana-mana syarikat korporat, agensi, badan bukan kerajaan atau individu untuk terus menderma kepada Yide agar pembinaan kompleks anak yatim ini dapat direalisasikan,” katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya, yayasan turut mengalu-alukan orang ramai menderma menerusi platform digital Shopee dengan membuat pembelian baucar RM10 dan RM50.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (1223 40100 07330) atau secara dalam talian di Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim atau melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) atau aplikasi e-dompet Touch n Go dan Snap and Pay.


Pengarang :