AGENSISELANGOR

Air Selangor: Bekalan tiga kawasan capai 57 peratus

SHAH ALAM, 9 JAN: Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Selangor telah mencapai tahap 57 peratus pemulihan setakat jam 7 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan proses dilakukan di ketiga-tiga kawasan tersebut dijangka pulih sepenuhnya jam 6 petang ini.

“Bantuan bekalan air melalui lori tangki sedang giat digerakkan kepada pengguna terjejas,” kata agensi itu menerusi kenyataan di Facebook.

Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Sering, Cheras telah selesai sekali gus membolehkan pengguna di 121 kawasan menerima semula bekalan air.

Semalam, 121 kawasan di Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur dilaporkan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ia susulan kerja pemasangan paip pembentungan oleh pihak ketiga pada 2 Januari lalu akibat kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras.


Pengarang :