Situasi Jalan Nitar Utama Mersing yang ditutup kepada semua kenderaan ketika tinjauan banjir di kawasan Mersing, Johor pada 4 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran cuaca buruk di Johor, hujan lebat di negeri lain

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam tadi mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di daerah Mersing dan Kota Tinggi, Johor sehingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.30 malam memaklumkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula diramalkan berlaku di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga hari ini.

Keadaan sama juga dijangka berlaku sehingga 12 Januari di Pahang, Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

– BERNAMA


Pengarang :