Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jangkitan Covid-19 terus naik dengan 5,728 kes, Selangor catat 3,285

SHAH ALAM, 30 JAN: Jangkitan Covid-19 semakin meningkat hari ini dengan 5,728 kes berbanding 5,725 semalam dan Selangor mencatat 3,285 kes berbanding 3,126 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu, 5,723 merupakan kes tempatan dan lima kes import melibatkan dua warganegara dan tiga warga asing.

“Jumlah keseluruhan kes ialah 209,661 dengan 47,388 kes aktif.

“Terdapat 3,805 kes sembuh dan 13 kematian dilaporkan menjadikan jumlah maut akibat wabak seramai 746 orang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah sebanyak 319 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 120 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.


Pengarang :