Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (kiri) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 13 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 catat 12 kematian, tiga di Selangor

SHAH ALAM, 21 JAN: Kes Covid-19 hari ini merekodkan 12 kematian yang semuanya warganegara melibatkan enam negeri, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata negeri terbabit ialah Selangor dengan tiga kematian, Johor (empat), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.

“Jangkitan baharu wabak masih kekal empat digit iaitu 3,170 kes yang mana 3,162 merupakan kes tempatan dan lapan kes import.

“Sementara itu terdapat 2,490 kes sembuh, 260 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 103 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau juga menjelaskan terdapat 16 kluster baharu dikesan di enam negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.


Pengarang :