Ahli Majlis MPP Zon 7 Mohd Tarmizi Lazim yang mewakili ahli dewan negeri terbabit untuk menghulur sumbangan kepada pesakit. Foto Facebook V Ganabatirau
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Kota Kemuning bantu tujuh pesakit kronik

SHAH ALAM, 14 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menyerahkan bantuan cek bernilai RM3,500 kepada tujuh pesakit kronik di Kampung Bukit Lanchong, pada 11 Februari lalu.

Wakil rakyatnya V Ganabatirau berkata daripada jumlah itu masing-masing terima cek berjumlah RM500 untuk menampung rawatan dan perbelanjaan harian mereka.

“Rata-rata penerima ini adalah terdiri dalam kalangan penghidap sakit buah pinggang tahap empat, lumpuh, diabetis yang mana kaki telah dipotong.

“Kehidupan mereka amat daif, ada yang tidak bekerja dan hilang mata pencarian. Justeru, kita terpnaggil untuk menghulur bantuan bagi meringankan bebanan golongan ini,” katanya di Facebook.

Program itu diwakili Ahli Majlis MPP Zon 7 Mohd Tarmizi Lazim yang mewakili ahli dewan negeri terbabit untuk menghulur sumbangan kepada pesakit tersebut.

Sumbangan berjalan lancar dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan aspek keselamatan seperti diarahkan pihak berkuasa.


Pengarang :