Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian Covid-19 terhadap seorang kanak-kanak ketika Saringan Bersasar Komuniti di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Jangkitan Covid-19 di Selangor terus menurun, catat 581 kes

SHAH ALAM, 24 FEB: Jangkitan Covid-19 di Selangor terus menurun hari ini dengan merekodkan 581 kes menjadikan keseluruhan sebanyak 96,818 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata 216 kes dikesan dari kluster sedia ada termasuk lima dari kluster baharu, kluster Jalan Enam.

“Sebanyak 223 kes hasil saringan kontak rapat manakala 141 jangkitan dari lain-lain saringan selain satu kes import.

“Terdapat pertambahan dua kematian melibatkan warga emas berusia 72 dan 74 tahun. Kedua-duanya merupakan lelaki warga tempatan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kluster baharu, kluster Jalan Enam dikesan di Shah Alam melibatkan sebuah kilang.

“Sebanyak 15 individu disahkan positif sejak 7 Februari lalu hasil saringan bersasar. Setakat ini 173 individu sudah menjalani saringan,” katanya.

Semalam, negeri ini mencatat 932 kes wabak manakala 868 dan 901 kes pada Ahad serta Isnin.


Pengarang :