Sesi perjumpaan Pengarah LUAS Hasrolnizam Shaari bersama kakitangan baharu yang melapor diri pada 16 Mac 2021. Foto Facebook LUAS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bekas timbalan YDP MPAJ dilantik pengarah LUAS baharu

SHAH ALAM, 16 MAC: Bekas timbalan yang dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya dilantik sebagai pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang baharu.

Agensi berkata tugas Hasrolnizam Shaari berkuat kuasa semalam dan mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut.

Sumber: Facebook LUAS

“Semoga kehadiran beliau sebagai pengarah dapat memimpin LUAS ke peringkat yang lebih tinggi di dalam pengurusan sumber air negeri khususnya dan negara secara amnya,” menurutnya di Facebook.

Hari pertama perkhidmatannya, beliau mengadakan sesi perjumpaan dengan pegawai pengurusan LUAS dan kakitangan baharu yang melapor diri.

Hasrolnizam pernah memegang jawatan sebagai setiausaha MPAJ dan kemudian menjadi timbalan yang dipertua. Beliau menggantikan Dato’ Ir Hashim Osman.


Pengarang :