Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya pada 19 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes sembuh Covid-19 terus atasi jangkitan baharu

SHAH ALAM, 4 MAC: Kes sembuh Covid-19 dalam negara masih mengatasi jangkitan harian dengan 2,922 kes menjadikan keseluruhan pulih 283,629.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 2,063 kes positif direkodkan dalam tempoh 24 jam.

“Sebanyak 2,054 kes membabitkan penularan tempatan dan sembilan lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula berjumlah 23,161 kes manakala 193 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat pertambahan lima lagi kematian menjadikan jumlah korban sebanyak 1,153 kes.

 


Pengarang :