Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim kepada wakil Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan Gombak. Acara di Galeri Mokara, Bangunan Wisma MBSA.
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA salur RM249,000 kepada 83 sekolah, bantu pelajar susah

SHAH ALAM, 1 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyalurkan bantuan kewangan RM249,000 kepada 83 sekolah dalam  kawasan pentadbirannya.

Bahagian korporat dan perhubungan awam MBSA berkata sumbangan diagih kepada pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan golongan kurang berkemampuan.

“Bantuan diberi kepada pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah mengikut keutamaan kategori pendapatan isi rumah B40 termasuk fakir miskin dan orang kelainan upaya (OKU).

“Kami harap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga pelajar untuk membuat persiapan kelengkapan kembali ke sekolah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penyampaian replika cek disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haris Kasim kepada wakil Jabatan Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang dan Gombak. Acara di Galeri Mokara, Bangunan Wisma MBSA.


Pengarang :