EXCO Kerajaan Negeri Borhan Aman Shah menyerahkan manfaat bantuan khairat kematian kepada waris bekas ketua kampung di Kampung Sesapan Minangkabau, Beranang, Hulu Langat pada 29 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Pewaris hargai langkah Kerajaan Negeri lindungi ketua kampung dengan insurans

SHAH ALAM, 30 MAC: Pewaris kepada ketua kampung yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan berterima kasih kepada Kerajaan Selangor kerana melindungi golongan berkaitan dengan insurans.

Siti Anum Tawil. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Siti Anum Tawil, 50, berkata pampasan insurans diterima dapat meringankan beban mereka sekeluarga selepas pemergian suaminya, Mohd Khairuizam Mohd Tawil akibat penyakit jantung pada 21 Mac lalu.

“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana mengambil langkah seperti ini kerana secara tidak langsung membantu kami memandangkan empat anak saya masih bersekolah dengan yang paling kecil berusia lima tahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Jalan Kebun di sini.

Terdahulu, Siti Anum dan Norhatini Jaafar menerima pampasan insurans RM5,000 dan bantuan makanan disampaikan EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Borhan Aman Shah.

Norhatini Jaafar. Foto REMY ARIFIN/SELANGPRKINI

Norhatini, 48, memaklumkan bantuan diterima susulan kematian suaminya, Amran Sharudin, akibat serangan jantung pada 23 November tahun lalu membantu mereka sekeluarga khususnya dalam membaik pulih rumah.

“Selain itu ia juga boleh dijadikan sebagai modal memandangkan kami menjalankan perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan,” katanya.


Pengarang :