Salah seorang penerima bantuan makanan menunjukkan kupon 99 Speedmart bernilai RM50 yang diterima dari LPHS baru-baru ini. Foto ihsan LPHS
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Ribuan pemandu bas, teksi terima bantuan makanan LPHS

SHAH ALAM, 5 MAC: Seramai 7,919 pemandu bas dan teksi di negeri ini akan menerima sumbangan makanan daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Pengarah eksekutifnya berkata turut dibantu penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) seliaan Kerajaan Negeri membabitkan 2,635 unit dan 3,004 unit PPR Lembah Subang 1.

Dato’ TPr Dr Juhari Ahmad menjelaskan sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi menjayakan program Bingkisan Mesra Selangor LPHS mulai Februari hingga Julai.

“Penerima mendapat bantuan sekitar RM50 hingga RM100, ada juga dalam bentuk kupon bernilai RM50 untuk dibelanjakan di pasar raya 99 Speedmart,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata pelaksanaan program melalui Pakej Kita Selangor bagi meringankan beban golongan yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada 18 Februari, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM4.35 juta diperuntuk untuk menjayakan program Bakul Makanan kepada penduduk terjejas.

 


Pengarang :