Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan MPSJ Puchong Indah, Puchong pada 28 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMARENCANA

Selangor giat lawan Covid-19, cegah penduduk dijangkiti

SHAH ALAM, 3 MAC: Selangor yang miliki 6.7 juta penduduk menjalankan pelbagai program bagi memastikan penularan Covid-19 terkawal.

Selepas kejayaan mengharungi gelombang pertama dan kedua, usaha membendung gelombang ketiga berdepan cabaran lebih besar.

Pelbagai rancangan termasuk bantuan turut disalur Kerajaan Negeri bagi mengekang virus dari terus merebak.

Wartawan Nazli Ibrahim menyenarai usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang pandemik seterusnya melindungi penduduk daripada jangkitan Covid-19.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC)

  • Ditubuh pada 10 Mac 2020
  • Berperanan memantau, mengawas dan memberi pendidikan kepada rakyat
  • Diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
  • Dibantu empat pakar kesihatan dan wakil Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah)

    • Selangor negeri pertama memperkenal aplikasi menjejak kontak rapat pada 4 Mei 2020
    • Memeta premis berisiko
    • Memudahkan pengesanan kontak rapat
    • Log lawatan pengunjung premis dikawal selia Kerajaan Negeri dan diaktifkan oleh pegawai kesihatan awam jika ada kes positif
    • Aplikasi ditambah baik termasuk pendaftaran vaksin

Vaksin

      • Cadangan beli tiga hingga lima juta dos tanpa orang tengah
      • Jenis vaksin bergantung kepada kos, keberkesanan dan kesesuaian
      • Pemberian kepada rakyat tempatan dan pekerja asing yang bekerja dan menetap di Selangor

        Saringan Komuniti

      • Dilancar pada 1 April 2020 melalui peruntukan RM1.35 juta
      • Kesan kes pesakit tiada gejala
      • Sasar warga emas berisiko tinggi di pusat jagaan dan pusat hemodialisis, golongan berpendapatan rendah (B40) dan mahasiswa anak Selangor
      • Sasar 50,000 saringan sepanjang 2021
      • 10,000 ujian percuma dijalankan sejak Januari 2021
      • Tambahan peruntukan RM6 juta melalui Pakej Kita Selangor
      • Saringan pandu lalu percuma di Seksyen 7 pada 18 dan 19 April 2020

    Anggota RELA memerhatikan orang ramai yang menjalani ujian calitan dalam program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Saringan individu pulang dari Sabah

  • Ujian terhadap individu yang melakukan perjalanan antara 20 hingga 26 September 2020
  • Diadakan pada 4 hingga 11 Oktober 2020 membabitkan 16 Klinik Selcare seluruh negeri
  • Wajib menunjukkan bukti tiket penerbangan ke Sabah
  • Kemuka bukti seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik

Pusat Penilaian Covid-19 (CAC)

  • Ada 19 premis iaitu tiga stadium, empat dewan PBT dan 12 klinik kesihatan
  • Cadang tambah di Klang, Hulu Langat, Petaling dan Sepang
  • Kenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah
  • Kenal pasti pesakit kategori 1 dan 2 untuk dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Serdang
  • Kendali penilaian pesakit yang menjalani rawatan di rumah

Program pencegahan penularan di kawasan titik panas (POIS)

  • Buat saringan semua kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster baharu
  • Kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Selgate Corporation Sdn Bhd, pihak berkuasa tempatan dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)
  • Kilang yang sorokkan kes positif atau tidak bekerjasama untuk pengesanan kontak rapat dikenakan tindakan tegas
  • Majikan tubuhkan jawatankuasa bagi kenal pasti kawasan dan aktiviti berisiko tinggi
  • Jawatankuasa merangka pelan tindakan kecemasan, kurangkan kontak luar dan pastikan tatacara operasi piawai (SOP) dipatuhi
  • SELangkah sebagai sistem amaran awal bagi mengelakkan merebak ke kejiranan

Insentif petugas hadapan

  • Pemberian sekali bayar RM200 kepada 6,000 petugas hadapan semua hospital di Selangor pada 2020
  • Peruntukan RM1.2 juta
  • Bantuan makanan sepanjang bertugas

Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan

    • Pusat jagaan anak petugas hadapan diwujudkan dengan kos RM700,000 bawah MBI
    • Kerjasama dengan Persatuan Cakna Anak Malaysia
    • Ada 12 lokasi termasuk sembilan hospital dan PKRC di Serdang
    • Program dua bulan mulai Januari 2021 dengan sasaran 500 penerima manfaat
    • Pada 2020, insentif RM600 diberi kepada kepada 2,500 keluarga
  • Taska menempatkan anak petugas hadapan di Maeps, Serdang. Foto ihsan Bahagian (Khidmat Pengurusan) Kerajaan Negeri

Bantuan makanan petugas hadapan

    • Diumum dalam Pakej Kita Selangor melalui peruntukan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) RM3 juta
  • Bantuan makanan tengah hari dan malam
  • Penerima manfaat petugas hospital, anggota polis dan tentera

Bantuan khas pesakit Covid-19

  • Disalur kepada pesakit positif Covid-19 berasal dari Selangor
  • Peruntukan RM1.8 juta
  • Setiap pesakit terima RM1,000

Pelitup muka percuma untuk pelajar

  • Sejuta unit diedar mulai Ogos 2020
  • Guru dan pelajar terima manfaat

Bilik Gerakan Covid-19

  • Beroperasi di Pusat Operasi C5i Smart Selangor (SSOC) 24 jam sehari
  • Merencana pengurusan bantuan, menyokong pengurusan operasi kawalan bersama agensi persekutuan termasuk pemantauan berpusat kes Covid-19 secara waktu nyata
  • Dilengkapi jaringan internet 3 GBPS, pusat data hibrid, sistem komunikasi berpusat dan Smart Data Platform

Tangani kesihatan mental

  • Peruntukan RM1 juta
  • Kelas pengurusan kesihatan mental melalui media sosial
  • Diadakan pada April hingga Jun 2020

Pengangkutan Bas Smart Selangor percuma

  • Lima bas untuk ambil dan hantar pesakit ke PKRC di Serdang mulai 23 Januari 2021
  • Hantar pesakit dari CAC di Stadium Malawati, Shah Alam sejak 9 Februari 2021
  • Lebih 4,300 pesakit dijangka mendapat manfaat dengan anggaran kos RM250,000

Kit Pemantauan Rumah SELangkah

  • Diumum dalam Pakej Kita Selangor dengan kerjasama Selgate Corporation Sdn Bhd
  • Membantu individu yang menjalani kuarantin kendiri
  • Pusat panggilan beroperasi 24 jam

 


Pengarang :