Hee Loy Sian (tiga, kiri) menyerahkan bantuan makanan asas kepada penduduk Kampung Orang Asli Bukit Tampoi di Dengkil, Sepang pada 21 Mac 2021. Foto NADIAH ZAMLUS/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor warta 41 kampung, pelihara hak Orang Asli

DENGKIL, 21 MAC: Sebanyak 41 daripada 74 perkampungan Orang Asli di seluruh negeri sudah diwarta bagi memastikan hak golongan itu terpelihara.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata pewartaan bagi 33 kampung lagi dijangka selesai dalam tempoh antara dua hingga tiga tahun.

Beliau menjelaskan Kampung Orang Asli Bukit Tadom di Kuala Langat antara yang terbaharu digazetkan dan proses seterusnya tertumpu di Dengkil serta Hulu Selangor.

“Kerajaan Selangor akan buat satu persatu kerana kita mahu Orang Asli juga mempunyai hak tanah di negeri ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Bakul Makanan di Kampung Orang Asli Bukit Tampoi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan Zainul Adnan Zainal Abidin menyambut baik usaha Kerajaan Negeri mewartakan tanah golongan berkenaan.

“Kita sedar tanah di Selangor mahal, justeru apabila diwarta penduduk rasa lebih selamat. Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri,” katanya.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM1 juta tahun ini bagi mewarta perkampungan Orang Asli dan menaik taraf infrastruktur sekitar penempatan mereka.


Pengarang :