Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi (kiri) menerima cenderamata daripada Yang Dipertua MDKS Rahilah Rahmat di ibu pejabat MDKS pada 3 Mac 2021. Foto Facebook Majlis Daerah Kuala Selangor
AGENSISELANGOR

SPRM lawat MDKS, tinjau tapak cawangan baharu

SHAH ALAM, 5 MAC: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menerima kunjungan hormat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu.

Kunjungan diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi bertujuan meninjau premis sewaan cawangan suruhanjaya itu dengan diiringi Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat.

“Delegasi SPRM turut dibawa melawat ibu pejabat majlis untuk sesi perkongsian mengenai latar belakang pihak berkuasa tempatan ini.

“Warga MDKS merakamkan ucapan terima kasih kepada suruhanjaya itu kerana memilih daerah Kuala Selangor sebagai lokasi baharu pejabat untuk mencegah rasuah,” katanya menerusi Facebook semalam.


Pengarang :