DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika menerima menghadap Menteri Kesihatan Dr Adham Baba di Istana Bukit Kayangan pada 29 Mac 2021. Foto Facebook Selangor Royal Office
BERITA UTAMASELANGOR

Sultan zahir sukacita pembinaan hospital awam di Kapar

SHAH ALAM, 30 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan sukacita apabila dimaklumkan kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan hospital awam di Kapar.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah perancangan pembinaan hospital sudah lama dibuat bagi menampung peningkatan bilangan pesakit di Selangor khususnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Beta mencadangkan kepada Menteri Kesihatan, Dato Sri Dr Adham Baba agar kerajaan memberi tumpuan untuk menaik taraf hospital awam di kawasan luar bandar agar rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang lebih baik,” titah baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office.

Terdahulu, baginda menerima menghadap Dr Adham Baba di Istana Bukit Kayangan di sini. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sultan Shafaruddin turut menyeru rakyat mendapatkan suntikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan dan tidak ragu-ragu meskipun perlu mengambilnya di bulan Ramadan.

“Rakyat perlu terus kekal menjaga tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan dan membiasakan diri untuk menjalani kehidupan seharian mengikut norma baharu demi menghapuskan penularan wabak Covid-19,” titah baginda.


Pengarang :