Petugas kesihatan Selcare membuat ujian calitan kepada peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 di Selangor sedikit turun, tiada kematian

SHAH ALAM, 3 MAC: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor sedikit turun hari ini dengan catatan 352 kes berbanding 455 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah di negeri ini adalah kedua tertinggi dalam negara yang merekodkan 1,638 kes selepas Perak.

Manakala Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada jumlah jangkitan harian, sebanyak 345 kes merupakan kes tempatan, dua kes luar negara dan lima kes melibatkan penjara.

“Terdapat 261 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 114,975 kes.

“Tiada kematian direkodkan dan terdapat 1,816 kes aktif yang menerima rawatan,” katanya menerusi Facebook.


Pengarang :