Poster dari Facebook Sidec
AGENSISELANGOR

Kempen e-Bazar Raya bantu peniaga terus bertahan, galak daftar

SHAH ALAM, 21 APRIL: Usahawan kecil dan mikro digalak mendaftar kempen e-Bazar Raya Selangor bagi terus menjana pendapatan di sebalik situasi ekonomi mencabar susulan Covid-19.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata usaha itu juga membantu golongan tersebut beralih ke pendigitalan dalam perniagaan.

“Kempen inisiatif Kerajaan Negeri ini bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro menerapkan pendigitalan untuk terus bertahan susulan Covid-19.

“Peniaga PKS dan peniaga mikro hanya perlu mendaftar di platform Shopee dan Lazada untuk menikmati baucar diskaun daripada Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM2 juta,” kata agensi itu di Facebook.

Pendaftaran dan maklumat lanjut berhubung kempen itu boleh didapati melalui pautan
https://www.sidec.com.my/ebazarraya2021/.

Kempen e-Bazar Raya Selangor yang berlangsung mulai 15 April hingga 29 Mei menyasarkan RM700 juta kesan ekonomi kepada negeri.

EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim berkata kempen itu susulan kejayaan e-Bazar Tahun Baharu Cina pada Februari lalu yang mencatatkan RM619 juta kesan riak.


Pengarang :