Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Jelajah Ramadan #KitaSelangor dan majlis Iftar Bersama Agensi Kerajaan dan Ketua Kampung di Dewan Siantan, Gombak pada 19 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Bantuan RM500,000 diagih dalam Jelajah Kita Selangor Ramadan di Gombak

SELAYANG, 20 APRIL: Kerajaan Selangor menyediakan bantuan bernilai lebih RM500,000 kepada pelbagai pihak menerusi program Jelajah Kita Selangor Ramadan peringkat daerah Gombak.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata sebahagian agihan diserah kepada pengurusan surau dan badan kebajikan untuk menjayakan program mengimarahkan Ramadan.

Beliau berkata sebahagian besar sumbangan membabitkan hampir RM400,000 pula diperuntuk kepada ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak bagi menaik taraf sistem pendawaian dan kemudahan lain.

“Menerusi program ini, kita dapat berjumpa dengan pihak yang telah membantu pengurusan Kerajaan Negeri pada peringkat daerah,” katanya dalam program Jelajah Kita Selangor Ramadan di sini malam tadi.

Amirudin menjelaskan bantuan yang dibiayai Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) akan diteruskan dalam program sama melibatkan daerah Klang pula.

“Kita harap program ini akan diteruskan untuk membolehkan organisasi atau persatuan menjalankan kegiatan mereka,” katanya.


Pengarang :