Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menandatangani plak sebagai gimik pelancaran Majlis Memeterai Kerjasama Program Pendidikan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Selangor di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 28 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Yayasan Selangor jalin kerjasama dengan 18 agensi, laksana program pendidikan

SHAH ALAM, 29 APRIL: Yayasan Selangor menjalin kerjasama dengan 18 agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi melaksana pelbagai program pendidikan selaras wawasan negeri pintar 2025.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata kolaborasi itu sebagai hala tuju baharu untuk meningkatkan potensi diri, bakat dan tahap pencapaian pelajar tajaannya.

“Sebagai penggerak dalam program tersebut, kita membantu Kerajaan Selangor menyediakan modal insan berwibawa dan sesuai untuk kemajuan serta kemakmuran negeri.

“Diharap jalinan ini akan terus dipupuk dengan cetusan idea baharu selain mengenal pasti bentuk kerjasama lain yang berpotensi sekali gus memberi manfaat terhadap pembangunan pendidikan negeri, ” kata Eddie Ahmad Khodzali.

Beliau berkata demikian pada majlis memeterai kerjasama program pendidikan sempena ulang tahun ke-50 Yayasan Selangor di kediaman Dato’ Menteri Besar di sini semalam.

Eddie optimis prestasi dan perkhidmatan yayasan terbabit mampu dilonjakkan menerusi kerjasama berkenaan.

Agensi tersebut meliputi:

1. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) – tajaan pelajar kolej tingkatan enam
2. Majlis Amanah Rakyat (Mara) – tajaan pelajar program Budi di Maktab Rendah Sains Mara
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) – program pendidikan
4. Universiti Selangor (Unisel) – program pendidikan
5. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) – program Halal Executive
6. Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) – penajaan pelajar
7. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera – penajaan pelajar
8. Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) – program pendidikan pengekodan
9. Syarikat Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) – program pendidikan pengekodan
10. Maxis – program eKelas
11. Kolej Yayasan Saad (KYS) – tajaan pelajar
12. REAL Education – program pendidikan
13. Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) – program perakaunan profesional
14. TYMBA – kerjasama program perakaunan profesional (ACCA)
15. Almotahida Education Group Sdn Bhd – kerjasama program robotik
16. Exzellent Profis Sdn Bhd – kerjasama program ‘internship-skill enrichment’ pelajar tajaan
17. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) – kerjasama program pendidikan
18. Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (PAYS) – pendidikan digital sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik


Pengarang :