Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Sultan, Permaisuri zahir takziah pemergian pengerusi Low Yat Group

SHAH ALAM, 10 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri berkenan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri Low Yow Chuan.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berdukacita terhadap pemergian mendiang pada 8 Mei lalu.

“Mendiang adalah pengerusi Low Yat Group sejak 1971 selepas mengambil alih syarikat itu dari ayahnya, Tan Sri Dato’ Low Yat.

“Di atas jasa dan baktinya, pada 1976, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mengurniakan gelaran Dato’ Diraja Selangor, Dato’ Jaya Indera kepada mendiang,” katanya.

Low Yat Group terlibat dalam sektor pembinaan dan hartanah tempatan sejak 1947 dan membina banyak bangunan bersejarah termasuk Hotel Federal Kuala Lumpur semasa era kemerdekaan Tanah Melayu.


Pengarang :