Petugas kesihatan meletakkan sampel calitan dalam tiub pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah harian kembali paras lebih 6,000 kes sejak 18 Jun

SHAH ALAM, 29 JUN: Jumlah jangkitan harian meningkat semula kepada 6,437 kes setelah merekodkan angka lebih rendah dalam tempoh lebih seminggu.

Kali terakhir, angka jangkitan harian nasional melebih jumlah tersebut adalah pada 18 Jun dengan 6,440 kes.

Jumlah ini masih jauh daripada sasaran untuk beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara yang menetapkan purata harian bawah 4,000 kes.

Selangor pula tidak menunjukkan perubahan ketara dengan jumlah 2,299 kes hari ini. Kuala Lumpur turut mencatatkan kes empat angka iaitu 1,361 kes.

Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM), kebanyakan negeri masih merekodkan kes tiga angka seperti Negeri Sembilan 700 kes, Kedah (284) dan Johor (271).

Kes bagi negeri-negeri lain seperti berikut:

Melaka – 252
Pahang – 250
Sarawak – 242
Sabah – 178
Perak – 184
Kelantan – 131
Labuan – 117
Pulau Pinang – 115
WP Putrajaya – 32
Terengganu – 21
Perlis – 0

Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengarang :